Sunday 18 August 2013

Qiamullail


Bismillah

IBNU MUNKADIR berkata:

"Bagiku, kelazatan dunia ini hanya ada pada tiga perkara:
Qiamullail, bersilaturrahim dengan saudara seIslam dan smbahyang berjemaah."


***

"Adam, kau stay tak malam ni? Arsenal lawan MU doh. Mesti best punyaaaa. Hm, aku mesti tengok game ni, game haritu pun aku terlepas. Rugi rugi."

''Hm, tak kot. Aku kena siapkan banyak kerja. Kau kalau bab bola memang laju ye Man."

Perlahan-lahan Adam menarik kerusi study sambil memalingkan wajahnya ke arah Aiman. 

"Well, kau tau kan aku. Bakal pengganti bola sepak kebangsaan. Bola tu rutin hidup aku kot."

"Hm, begitu ye. Sekarang dah 10 malam terakhir ramadhan. Boleh la kau qiam sekali. Tak gitu?' 

"Ala Dam, relax r, malam esok masih ada. Lagipun, hm, aku macam malas sikit hehe"

"Kau yakin ke malam esok kau still ada?" ujar Adam sambil tersenyum. 

Perlahan-lahan mushaf cover merah tua dicapai. Zip cover mushaf dibuka. Matanya melilau mencari surah yang dicari. 

Muka surat 574. Adam meneruskan bacaannya. 
Surah Al-Muzzamil, ayat 1-6.

Terhenti. 

Kemudian, Adam terus membelek mushafnya ke surah yang seterusnya.

Dan bangunlah pada sebahagian waktu malam serta tunaikanlah sembahyang tahajjud(sebagai satu ibadah) tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Al-Isra':79)

'Adam...."

''Kita qiam ye malam ni."

Aiman terdiam.

********

Seseorang yang bangun pada pertengahan malam untuk beribadah dan sujud mengabdikan diri kepada-Nya adalah merupakan orang yang mendapat kemenangan.

Abu Sulaiman berkata:

Malam hari bagi orang yang setia beribadah, itu lebih nikmat daripada permainan bagi mereka yang suka hidup bermain-main. Seandainya tanpa malam, aku tidak suka tinggal di dunia ini.

Nikmat sangat kerana waktu itulah kita hanya bersendirian dengan Allah. Ia waktu yang jauh dengan sifat riak. Suasana hening dan sunyi pada waktu malam memudahkan kita menghayati ibadah. 

Teringat kata-kata seorang sahabat.

 "Tahajjud pun Allah pilih."
Allah pilih.
Bukan semua yang dapat hadir bertemu cinta.
Bukan semua yang dapat menghayati."


Terpilihkah kita?
Terpilihkah untuk hadir bertemu cinta.
Terpilihkah.

*nangis*

May Allah bless us :')

Wassalam.






2 comments:

  1. dengar lagu "di balik mimpi dalam mimpi"
    lagu m nasir yg ade unsur sufi yg sgt mendalam..kisah nya on qiamulail :')
    dengar and bc hujah ttg lirik dia..boleh mnitik ayq mata..

    ReplyDelete
  2. kakti ! syukrannnnn <3 inshaa Allah. hee

    ReplyDelete