Friday 31 May 2013

Lambaian itu



Bismillah


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"
(29:3)

-----

"Mai, awak selalu pergi stesen keretapi kan?" 

Maisarah memalingkan wajah dan badannya ke arah Iman sambil tersenyum. 

"Ya, kenapa?" 

"Bagus, saya tak pernah ke sana, kebetulan ada kawan saya hendak datang melawat.   Alhamdulillah, boleh awak teman saya nanti?" ujar Iman.

"Boleh, tiada masalah." jawap Maisarah dengan senyuman yang tidak pernah lekang di  bibirnya.

-----

Seperti hari sebelumnya, stesen keretapi Kuala Lumpur tetap sibuk. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Di satu sudut, kelihatan dua sahabat duduk bertentangan sambil menunggu gerabak yang terakhir tiba.

"Mai, panas la. Lagipun ramai orang. Hm, gerabak terakhir,pukul berapa ya?" ujar Iman  sambil membetulkan tudung yang melayang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. 

Maisarah dengan tenang menjawap, "Sabarlah sayang, dalam 10 minit lagi." sambil mengukirkan senyuman.

'Gerabak terakhir. Lambaian itu,'cetus hati Maisarah.

Sambil menunggu, buku sentiasa menjadi teman Maisarah. Ilmunya belum cukup, banyak lagi yang perlu digali, banyak lagi yang belum diketahui.

Tiba-tiba Iman memecahkan kesunyian di antara mereka.

 "Mai, awak tak penat? Setiap hari awak balik bilik lambat, tidur lambat, bangun awal. Awak tak pernah tunjuk awak penat. Tapi saya perasan sekarang muka awak sedikit pucat." ujar Iman sambil meneliti muka Maisarah.

Maisarah segera memalingkan mukanya ke arah yang bertentangan.

"Penat? Hm. Sikit mungkin? Gelak Maisarah untuk menghilangkan debar di hati.

Perlahan-lahan Maisarah memalingkan wajahnya ke arah Iman dan menggenggam erat tangannya.

 "Ketika saya penat, Allah pujuk hati saya dengan ayat-ayatNya. *sambil menggenggam erat tasbih yang sentiasa tersembunyi di pergelangan tangannya. Saya mencari dan mengutip kembali bahagia yang dicari dengan membaca ayat-ayatNya. Sweetkan Allah. Kadangkala saya akui saya tersangat lemah dan lalai, tapi Allah cuba mengingatkan saya kembali melalui wasilah-wasilah tertentu. Cuba awak bayangkan stesen keretapi ini, gerabak dan manusia di sekeliling ini ibarat perjuangan kita. Ada gerabak yang bergerak terlalu perlahan, dan ada yang terlalu laju, macam komuter."


" Mai......"

"Setiap kali saya ke sini, saya akan pandang ke langit. Adakah Allah sedang pandang saya dengan kasih sayangNya atau sebaliknya. Saya sentiasa ingin cuba yang terbaik tapi kadang-kadang saya jatuh dan terlalu jauh denganNya tanpa saya sedar. Jiwa saya meronta. Air mata yang jatuh kadang-kadang bukan keranaNya tapi saya tetap akan terus cuba yang terbaik. Bila kita terlibat dalam perjuangan ini, kita mahu semua orang yang kita sayang sama-sama bergerak seiring dengan kita. Tapi Allah jua yang memberi hidayah. Saya hanya mahu untuk terus mencuba sehingga bila tiba masanya nanti, saya akan mampu tersenyum dan mengatakan, saya dah cuba yang terbaik. Apabila melihat gerabak terakhir, saya berharap saya akan mendapat lambaian itu. Lambaian yang terlalu lama saya menunggu. " ujar Maisarah dengan sedunya.


"Mai, saya minta maaf, kadangkala hati salah menduga dan bibir saya silap menduga." Iman menundukkan pandangannya.

" Tak pe, saya faham. Manusia biasa, hamba Allah. Tak pernah lari dari kesilapan. Andai salah,tunjukkanlah. Sebelum menghukum, ketahuilah. Rasa dihati hanya Allah yang tahu. Oh, gerabak terakhir dah sampai. Mungkin awak patut menunggu di platform depan tu."


" Terima kasih Mai. Tunggu kejap ye!" Iman berjalan meredah lautan manusia dengan sinar bahagia di wajahnnya. Bahagia. Orang yang ditunggu sudah tiba.

  
 Aku berharap pengampunan hanya dari-Mu.
Allah. Hinanya aku.
Tiba-tiba hati berasa tenang. Air mata yang mengalir segera disapu. Bibir terus mengukirkan senyuman.
Hati mula berkata,

"Aku sentiasa ada Allah."

-----

Langit tetap membiru seperti hari-hari yang sebelumnya.
Allah. Bahagiakan, tatkala memandang wajah yang kita nanti di perhentian.
Menunggu dan terus menunggu. Moga aku mampu untuk melihat lambaian itu. Moga lambaian aku yang terakhir, jika Allah izinkan, adalah lambaian itu. 

***


Jalan ini sangat panjang, sangat. Kadang-kadang putus asa itu datang, tapi tetap gagahkan diri. Kerana di penghujug jalan ini, ada pelangi sedang menunggu. 
*senyum*

Syurga tu mahal harganya...kan ?

Wassalam.


Wednesday 29 May 2013

Be bold . . .


Bismillah


"Be stronger than the excuses Shaitan whispers you"
- Abdulbary Yahya-

**

Sometimes, I can't ...





" Yes.
I talk a lot.
No.
I don't tell much. "


Overcome your fears to fight for what you believe in.


nota hati :
kak yati, I miss u.


Wassalam.


#Wordless Wednesday


Bismillah.


Every breath you take is a step towards death.

- Ali Ibn Abu Talib -

**





***

Dalam kehidupan ini, semuanya hanya pinjaman semata-mata.
Suatu hari nanti, semuanya akan dipulangkan kembali pada waktunya.

...dan kita juga akan berpisah.
Mungkin hari ini.
Mungkin esok.
Mungkin...

Only Allah knows.



Berjalanlah selagi mampu -  walaupun dalam keadaan merangkak sekalipun.
Kerana... Dia pasti akan datang kepadamu. 



Wassalam.


Tuesday 28 May 2013

cerita :)


Bismillah

Alhamdulillah.

for you,
pics tell everything :)















***
"Allahumma innaka ta'lam anna haazihil qulub,
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui hati-hati ini..."


Hanya Dia yang mengetahui segalanya.
Hanya Dia. 

God's plan is always the best.

May Allah bless us :)

Wassalam.





Monday 27 May 2013

:)


Bismillah.

- As we grow up, we don't lose friends, 
we just learn who the real ones are -


*sekali lagi belek-belek folder lama*
time moves like lighting. 

mungkin rindu.

ya, rindu.
I miss them.
:')



I do really hope. I'll meet all of you again when Allah let me :)


***

Kata Imam Hasan al-Banna :
Ukhwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.


InsyaAllah, saya akan cuba menjaga ikatan ini sebaik mungkin.
InsyaAllah ukhwah Islamiyah   ini akan sentiasa mengikat kita walaupun   jauh beribu batu.
Moga ikatan ini akan  menjaga kita, menjadi sahabat sehingga ke syurga.
Saling mengingatkan, kerana kita melangkah ke destinasi yang sama.
Yang kekal abadi.
InsyaAllah.
moga Allah redha.

N.Ai
0010AM.
28052013

Wassalam. 




ukhwah


Bismillah

Alhamdulillah.

*senyum. lebar-lebar* 

^_^

**
first of all,

Thank you.
Thank you.
Thank you, Allah :)

Terima kasih ya Allah .



Tatkala Allah menegur sikap dan perlakuan kita melalui wasilah yang tidak disangka iaitu melalui sahabat atau teman, yakin dan percayalah bahawa Allah sayang akan kita :') 
Allah tidak mahu kita lalai, dan Allah mahukan kita berada di dalam syurganya nanti. Apabila Allah mengetuk pintu hati kita, ambillah segala kesempatan yang ada.
 Apabila petunjuk yang kita minta selama ini datang, ambillah kesempatan. 
Sebelum satu hari nanti, Allah tidak lagi mengetuk pintu hati kita, petunjuk yang diinginkan, tidak sudi datang bertandang, Allah. Allah. 
Jangan lepaskan segala peluang yang ada untuk mengenal cinta Illahi. 
Berdoa dan mohonlah agar diri kita sentiasa kuat.
 Berubah ke arah yang lebih baik.
Tapi yang lebih penting, sentiasa istiqamah di jalan ini.

Kak Yati: 
Jangan pernah putus hati sebelum berjumpa dengan apa yang dicari. Perjalanan dalam perjuangan perlu ada vision di hadapan, bukan terhenti sekadar di tengah jalan. Biar putus nyawa, jangan putus asa. Allah tak perlukan kita selama kita hidup, tapi siapa kita untuk hidup tanpa Allah?

:')

 fikir-fikirkan.

***


Sabda Rasulullah SAW, " Jika seseorang kasih kepada seseorang, maka hendaklah dia memberitahu temannya.
(Riwayat Abu Dawud)

:)

ye, untuk anda semua dan rakan-rakan seperjuanganku,
saya sayang kamu semua kerana Allah.

Saya belajar apa itu ukhwah, apa itu kemanisan persahabatan di atas jalan Allah dari beberapa hamba Allah, untuk kamu, Syukran, Thank you :) terima kasih.

Allahu rabbi, tautkanlah ukhwah antara kami hingga berkekalan ke syurga. Amin.



Allah with us, keep istiqamah.
Keep strong.
sentiasa husnozhon .
Saya perlukan doa kalian,
untuk terus melangkah dan melangkah,
kerana ini hanyalah permulaan.
Permulaan.
tidak dapat meluah apa yang dirasa, 
hati tidak berhenti meluahkan rasa syukur,
mengucapkan alhamdulillah.
Doakan
:)


Yakinlah.
Tika dunia membuatmu penat,
Ada Allah yang sentiasa mendengar rintihan hatimu.


wassalam. 




Friday 24 May 2013

Saff



Bismillah 


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
[ As Saff : 4 ]

**
Senah : Letih la buat semua ni. Assigment berlambak, task tak buat lagi. 

Bedah : Sikit je lagi, sikit je. Kita buat cepat-cepat, pastu kita rehat eh, nanti Bedah belanja Senah aiskrim yang mahal punya. nak?

Senah : Ala, aiskrim je, xmau la. 

Bedah : Senah nak dengar cerita tak?  Nak nak? 

Senah : Apa, cepatla cakap, nak buat kerja plak. Nak balik bilik pulak.

Bedah : *senyum* Senah sayang, keberkatan masa tu dari Allah tau. Bedah selalu rasa cukup ke tak masa ni. Tapi hati Bedah tetap mengatakan, insyaAllah boleh. Pernah sekali, bedah tak buat langsung pun lagi assignment bedah, esok tu kena hantar. tapi Bedah dengan 'like a boss'nya, pergi la majlis ilmu malam tu. petang tu, lepas kelas terus bedah kena tolong sikit-sikit. Hati bedah pun rasa memberontak jugak, tapi Bedah tetap yakin, Bedah boleh, Allah akan tolong. Kenapa? Allah akan tolong sesiapa yang menolong agamanya. Biarlah kita berpenat di dunia, asalkan dapat berehat di syurga. Moga setiap titik peluh dan masa menjadi saksi kita di akhirat nanti. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Bedah dapat siapkan assignment tu, kerana Allah jualah yang menggerak tangan-tangan ini untuk menaip tau. Bayangkan kalau Allah bagi tangan ni tak bergerak, kerana setiap apa yang terjadi datangnya dari Allah sayang. Untuk hari-hari yang seterusnya, Bedah tetap yakin dengan janji Allah. Lelah. Penat. Tapi Allah hilangkan dengan memberi ketenangan yang tidak terhingga. Nikmat sangat. Allah. 

Senah : *tears* Bedah.....

Bedah : Takpe Senah, nanti Senah pun akan rasa, jauh lagi perjalanan kita naaa. Jauh sangat. Yakin ye. Yakin. (Al Imran: 139). Dan, Allah takkan membebani kita dengan apa yang kita tak mampu. Kalau kita rasa letih sangat, cuba ingat perjuangan Rasulullah. Allah , tak setanding. :'( takpe, kita sama-sama berjuang, niat kerana Allah, moga nanti kita mampu tersenyum. mampu.
sabar ye. sikit lagi. teruskan bertahan. kerana Allah kita harus kuat... Bedah sayang Senah.

Senah : *angguk. Pegang tangan Senah, nanti kita sama-sama berjalan di jalan yang kita pilih ye. Sayang Bedah sangat.

:')


***



tak pernah terfikir,
tak pernah terlintas.

bukan kita yang memilih,
tapi Allah yang memillih :)

semoga kita terus istiqamah di jalan ini.
menjadi mata rantai-rantai perjuangan.


" Ihfazhillah, yahfazhja" 
(HR Ahmad dan Tarmizi)

:)


wassalam.





Wednesday 8 May 2013

Alhamdulillah.


Bismillah.

10 days left.
Final exam for this semester.
#nervous
May Allah ease everthing.
InsyaAllah, aminnn :)

mm.

"Sometimes, I feel very scared of getting close to anyone. Because those who said they will always be there for me,....left."
Titik.


*senyum*


"Allah gave you a beautiful life, don't waste it being sad over something that will pass in time, He always got something amazing planned."
-Effa-


*senyum.senyum.*


most of the things in life are double-aged swords
that could either make you, or accidentally wound you
it is you who determine on how to do the maximum cutting
and how to avoid from being cut

because the grip is in your hands
use it well
use it wise
-Hlovate-

***
In sum,
Live is short, live it.
Take risks in your life.
You are the one who will guide yourself.
Choose well.

In the end, everyone ends up alone .

*senyum lebar-lebar*

so, 
Keep Calm.
Keep Smiling.

:D

You plan, I plan, We plan, They plan.. but Allah is the best planner.
so true.

Everything's gonna be alright.
Believe.
because.. Allah knows what is in our heart :')
just, keep praying.



Good luck kepada sesiapa yang nak exam,
budak-budak a-level, IB, final semester, budak-budak maktab..
Tajdid niat, jihad fisabilillah.
May Allah bless. 
moga Allah sentiasa pegang hati-hati ini.
kembali kepada Allah.
Amin.
:)

09052013
12.45pm