Friday 24 May 2013

Saff



Bismillah 


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
[ As Saff : 4 ]

**
Senah : Letih la buat semua ni. Assigment berlambak, task tak buat lagi. 

Bedah : Sikit je lagi, sikit je. Kita buat cepat-cepat, pastu kita rehat eh, nanti Bedah belanja Senah aiskrim yang mahal punya. nak?

Senah : Ala, aiskrim je, xmau la. 

Bedah : Senah nak dengar cerita tak?  Nak nak? 

Senah : Apa, cepatla cakap, nak buat kerja plak. Nak balik bilik pulak.

Bedah : *senyum* Senah sayang, keberkatan masa tu dari Allah tau. Bedah selalu rasa cukup ke tak masa ni. Tapi hati Bedah tetap mengatakan, insyaAllah boleh. Pernah sekali, bedah tak buat langsung pun lagi assignment bedah, esok tu kena hantar. tapi Bedah dengan 'like a boss'nya, pergi la majlis ilmu malam tu. petang tu, lepas kelas terus bedah kena tolong sikit-sikit. Hati bedah pun rasa memberontak jugak, tapi Bedah tetap yakin, Bedah boleh, Allah akan tolong. Kenapa? Allah akan tolong sesiapa yang menolong agamanya. Biarlah kita berpenat di dunia, asalkan dapat berehat di syurga. Moga setiap titik peluh dan masa menjadi saksi kita di akhirat nanti. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Bedah dapat siapkan assignment tu, kerana Allah jualah yang menggerak tangan-tangan ini untuk menaip tau. Bayangkan kalau Allah bagi tangan ni tak bergerak, kerana setiap apa yang terjadi datangnya dari Allah sayang. Untuk hari-hari yang seterusnya, Bedah tetap yakin dengan janji Allah. Lelah. Penat. Tapi Allah hilangkan dengan memberi ketenangan yang tidak terhingga. Nikmat sangat. Allah. 

Senah : *tears* Bedah.....

Bedah : Takpe Senah, nanti Senah pun akan rasa, jauh lagi perjalanan kita naaa. Jauh sangat. Yakin ye. Yakin. (Al Imran: 139). Dan, Allah takkan membebani kita dengan apa yang kita tak mampu. Kalau kita rasa letih sangat, cuba ingat perjuangan Rasulullah. Allah , tak setanding. :'( takpe, kita sama-sama berjuang, niat kerana Allah, moga nanti kita mampu tersenyum. mampu.
sabar ye. sikit lagi. teruskan bertahan. kerana Allah kita harus kuat... Bedah sayang Senah.

Senah : *angguk. Pegang tangan Senah, nanti kita sama-sama berjalan di jalan yang kita pilih ye. Sayang Bedah sangat.

:')


***



tak pernah terfikir,
tak pernah terlintas.

bukan kita yang memilih,
tapi Allah yang memillih :)

semoga kita terus istiqamah di jalan ini.
menjadi mata rantai-rantai perjuangan.


" Ihfazhillah, yahfazhja" 
(HR Ahmad dan Tarmizi)

:)


wassalam.





No comments:

Post a Comment