Friday 31 May 2013

Lambaian itu



Bismillah


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"
(29:3)

-----

"Mai, awak selalu pergi stesen keretapi kan?" 

Maisarah memalingkan wajah dan badannya ke arah Iman sambil tersenyum. 

"Ya, kenapa?" 

"Bagus, saya tak pernah ke sana, kebetulan ada kawan saya hendak datang melawat.   Alhamdulillah, boleh awak teman saya nanti?" ujar Iman.

"Boleh, tiada masalah." jawap Maisarah dengan senyuman yang tidak pernah lekang di  bibirnya.

-----

Seperti hari sebelumnya, stesen keretapi Kuala Lumpur tetap sibuk. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Di satu sudut, kelihatan dua sahabat duduk bertentangan sambil menunggu gerabak yang terakhir tiba.

"Mai, panas la. Lagipun ramai orang. Hm, gerabak terakhir,pukul berapa ya?" ujar Iman  sambil membetulkan tudung yang melayang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. 

Maisarah dengan tenang menjawap, "Sabarlah sayang, dalam 10 minit lagi." sambil mengukirkan senyuman.

'Gerabak terakhir. Lambaian itu,'cetus hati Maisarah.

Sambil menunggu, buku sentiasa menjadi teman Maisarah. Ilmunya belum cukup, banyak lagi yang perlu digali, banyak lagi yang belum diketahui.

Tiba-tiba Iman memecahkan kesunyian di antara mereka.

 "Mai, awak tak penat? Setiap hari awak balik bilik lambat, tidur lambat, bangun awal. Awak tak pernah tunjuk awak penat. Tapi saya perasan sekarang muka awak sedikit pucat." ujar Iman sambil meneliti muka Maisarah.

Maisarah segera memalingkan mukanya ke arah yang bertentangan.

"Penat? Hm. Sikit mungkin? Gelak Maisarah untuk menghilangkan debar di hati.

Perlahan-lahan Maisarah memalingkan wajahnya ke arah Iman dan menggenggam erat tangannya.

 "Ketika saya penat, Allah pujuk hati saya dengan ayat-ayatNya. *sambil menggenggam erat tasbih yang sentiasa tersembunyi di pergelangan tangannya. Saya mencari dan mengutip kembali bahagia yang dicari dengan membaca ayat-ayatNya. Sweetkan Allah. Kadangkala saya akui saya tersangat lemah dan lalai, tapi Allah cuba mengingatkan saya kembali melalui wasilah-wasilah tertentu. Cuba awak bayangkan stesen keretapi ini, gerabak dan manusia di sekeliling ini ibarat perjuangan kita. Ada gerabak yang bergerak terlalu perlahan, dan ada yang terlalu laju, macam komuter."


" Mai......"

"Setiap kali saya ke sini, saya akan pandang ke langit. Adakah Allah sedang pandang saya dengan kasih sayangNya atau sebaliknya. Saya sentiasa ingin cuba yang terbaik tapi kadang-kadang saya jatuh dan terlalu jauh denganNya tanpa saya sedar. Jiwa saya meronta. Air mata yang jatuh kadang-kadang bukan keranaNya tapi saya tetap akan terus cuba yang terbaik. Bila kita terlibat dalam perjuangan ini, kita mahu semua orang yang kita sayang sama-sama bergerak seiring dengan kita. Tapi Allah jua yang memberi hidayah. Saya hanya mahu untuk terus mencuba sehingga bila tiba masanya nanti, saya akan mampu tersenyum dan mengatakan, saya dah cuba yang terbaik. Apabila melihat gerabak terakhir, saya berharap saya akan mendapat lambaian itu. Lambaian yang terlalu lama saya menunggu. " ujar Maisarah dengan sedunya.


"Mai, saya minta maaf, kadangkala hati salah menduga dan bibir saya silap menduga." Iman menundukkan pandangannya.

" Tak pe, saya faham. Manusia biasa, hamba Allah. Tak pernah lari dari kesilapan. Andai salah,tunjukkanlah. Sebelum menghukum, ketahuilah. Rasa dihati hanya Allah yang tahu. Oh, gerabak terakhir dah sampai. Mungkin awak patut menunggu di platform depan tu."


" Terima kasih Mai. Tunggu kejap ye!" Iman berjalan meredah lautan manusia dengan sinar bahagia di wajahnnya. Bahagia. Orang yang ditunggu sudah tiba.

  
 Aku berharap pengampunan hanya dari-Mu.
Allah. Hinanya aku.
Tiba-tiba hati berasa tenang. Air mata yang mengalir segera disapu. Bibir terus mengukirkan senyuman.
Hati mula berkata,

"Aku sentiasa ada Allah."

-----

Langit tetap membiru seperti hari-hari yang sebelumnya.
Allah. Bahagiakan, tatkala memandang wajah yang kita nanti di perhentian.
Menunggu dan terus menunggu. Moga aku mampu untuk melihat lambaian itu. Moga lambaian aku yang terakhir, jika Allah izinkan, adalah lambaian itu. 

***


Jalan ini sangat panjang, sangat. Kadang-kadang putus asa itu datang, tapi tetap gagahkan diri. Kerana di penghujug jalan ini, ada pelangi sedang menunggu. 
*senyum*

Syurga tu mahal harganya...kan ?

Wassalam.


No comments:

Post a Comment