Tuesday 27 August 2013

Allah Maha Penyembuh



Bismillah 

***

Diceritakan bahawa Musa a.s pernah mengeluh kepada Allah kerana menderita sakit gigi. Maka Allah memerintahkan: 'Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigi kamu!' Lalu Musa a.s pun berbuat demikian dan sembuhlah sakitnya.

Beberapa hari kemudian sakit gigi yang dialami Musa a.s datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil dulu dan meletakkan pada giginya. Hasilnya bukan bertambah sembuh sebaliknya sakit giginya bertamabh teruk. Langsung dari itu Musa a.s pun mengadu kepada Allah dengan berkata: 'Wahai Tuhanku, bukankah Engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?'

Allah menjawap: 'Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyihatkan. Aku yang memberi bencana dan Akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu menyembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepadaKu.'

-Rawatan Islam Al-Insyirah-

******

Benar, Allah Yang Maha Penyembuh.
Hanya kepada Allah kita mohon sepenuh pengharapan.

Sakit. sakit sangat. 
Tiap-tiap malam menangis padaNya.
Tapi jika bukan masa untuk sembuh lagi, maka berdoa lagi ;')

Mungkin dengan sakit itu akan mendekatkan diri kita dengan Allah lagi.
Kita hanya mampu berikhtiar tapi Allah jua yang menyembuhkan.
Mungkin sakit ini tidak seberapa berbanding hamba-hamba Allah 
yang diuji dengan ujian lagi berat.
Saudara-saudara Islam di seluruh pelosok dunia yang diuji dengan ujian lagi hebat. 
Allah ;')

***

Sarah menguis makanan yang berbaki di dalam pinggannya.
Selera makan yang kian hilang.
Sakit belakang dan badan tidak tertanggung rasanya.
Sakit itu datang tiba-tiba 3 hari yang lepas.
Setiap malam mengadu padaNya.
Belum sampai masa untuk sembuh.
Bersangka baik padaNya.

"Allah rindu nak dengar suara aku. Allah rindu nak dengar rintihan aku." 
Syirah memujuk hatinya dengan bersangka baik.

Tapi kadang-kadang diri yang faqir ni tidak mampu bertahan.

Akhirnya terluah dan mengadu pada seorang sahabat.
Kata-kata yang cukup terkesan memujuk hati Syirah.





Air mata mengalir tanpa henti.
Allah.

Syirah membalas whatapp sahabatnya dengan perasaan yang sukar digambarkan.

"Jaga diri, saya sayang awak fillah Zati.
Untuk pertama kali ganggu awak, tak pernah mengadu masalah pape sebelum ni.
Malam tu malam terakhir saya ganggu awak.
Semoga awak sentiasa ingat orang di Malaysia ni :D
Allah, rindu. Rindu T.T
Moga Allah sentiasa menjaga awak.
Nama awak sentiasa dalam doa. Always. "


Tiba-tiba lagu Sahabat Sejati nyanyian UNIC kedengaran melalui handphone miliknya.

-Zati-
"We're in need of each other at this moment, Syirah.
You're stronger than you think..
I love u. Always will.
Jaga diri awak. Sayang awak fillah ;'D"

***

Al Baqarah:286 :')


Wassalam



No comments:

Post a Comment