Saturday 5 March 2011

S.A.H.A.B.A.T

Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi..Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih..Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu..

Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian. . Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak berusaha mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari.Supaya engkau memperoleh sahabat, jadikan dirimu sendiri lebih dulu sanggup 
 menyempurnakan menjadi sahabat orang lain..

Ungkapan sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.Sahabat yang baik adalah orang yang berkata benar, dan bukannya orang yang hanya membenarkan kata-kata.

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan dukungan. walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menguntungkan.Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri “.Kesunyian bukanlah sekutu derita,melainkan sahabat ketinggian jiwa.Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidupsampai kepada penghabisan umur.
Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi
Prang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat..
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir..Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal..Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin.
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan.


Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri..
Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu..
Yang indah itu pertemuan..Yang manis itu kemesraan..Yang pahit itu perpisahan..Yang tinggal hanyalah kenangan
TEMAN MENANGIS Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu,
tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu..


No comments:

Post a Comment