Monday 7 March 2011

BAHAGIA itu .....(◕‿◕)



" Dialah (ALLAH) yang Menurunkan Ketenangan ke dalam Hati Orang-orang Mukmin (Lelaki dan Perempuan), agar Keimanan Mereka Bertambah di samping Keimanan Mereka (yang Sedia Ada)....
......Dan Kepunyaan ALLAH-lah Tentara Semesta Langit dan Bumi, dan adalah ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Agar Dia memasukkan Orang-orang Mukmin Lelaki dan Perempuan ke dalam Syurga yang mengalir Sungai-sungai di bawahnya, Mereka Kekal (Abadan Abadi) di dalamnya....
.....dan Agar Dia (ALLAH) Menghapus Dosa Kesalahan-kesalahan Mereka...
.....Dan yang Demikian itu, di sisi ALLAH merupakan suatu Keberuntungan yang Besar."[ Surah Al-Fath (48) : 4 - 5 ]

Mari kita renung sebuah hadis Nabi tentang bahagia dalam masyarakat dalam erti kata meringankan beban orang lain.



Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim daripada kesusahan -kesusahan dunia, nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan kesusahan di hari kiamat. 
Sesiapa yang memudahkan orang yang mengalami kepayahan dunia, nescaya Allah akan memudahkan baginya urusan dunia dan akhiratnya. 
Sesiapa yang menutup keaibannya seorang Muslim di dunia maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hambaNya selama mana hambaNya berusaha menolong saudaranya. 
-Hadis riwayat Muslim (No hadis 6853)
Telusuri dan hayati hadis diatas pasti kita percaya bahawa dalam pekerjaan dan masyarakat sebenarnya sudah termasuk dari apa yang diperkatakan tentang kebahagiaan tadi.. Bahagia Apabila kita dapat melepaskan beban yang tertanggung pada orang lain.. Namun hakikatnya ianya dibuat kerana Allah.

Satu lagi Ayat Allah sesuai untuk kita hayati yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) 
-Surah Al-Talaq ayat 2. 

Lihat lah, jika kebahagiaan yang kita cari, buatlah sesuatu yang diredhai Allah, insyaallah Allah mengurniakan kebahagiaan buat kita. Berzikirlah ketika duduk, berdiri , sedang menaiki kenderaan...ingatlah Allah pastu Allah berikan kita ketenangan dan kebahagiaan...


buatlah sesuatu kerana Allah pasti akan datang bahagia. Jika tidak kau temui bahagia juga, maka sedarlah itu mungkin cubaan Allah untuk mu...Cubaan Allah datang pada titik kelemahan mu dengan tujuan supaya kita perbaiki kelemahan itu sekadar termampu...

syukran : saintis islam

No comments:

Post a Comment