Thursday 14 March 2013

Allah is always by your side


Bismillah .

Lelah, penat.
Aku nampak semua itu di wajahnya.
Tapi langkahnya tidak pernah berhenti.
Saban malam dia menangis di sejadah,
Mengharap secebis kekuatan dan pengampunan,
Semalam dalam tangisnya dia menadah dan berdoa,

Kuatkan hati.
Tabahkan hati.
Cekalkan hati.

Jalan ini bukan mudah,
Hampir sahaja dia rebah menyembah bumi,
Tapi dia kembali memegang erat satu kata,

" Percayalah, lelah kita dalam perjuangkan agama Allah,
syurga balasannya. Biarlah kita melakukannya kerana Allah,
bukan hanya untuk mendapat pujian manusia.
Biar suatu hari nanti, 
Kita bersama nabi kita yang tercinta.
Biarlah kita menjadi tali tali rantainya,
penyambung perjuangan yang tidak kenal erti penat lelah,
Pilih lah untuk terus tabah dan gagah.
Jangan pandang pada kuantiti dalam melakukan apa sahaja,
tapi pandanglah dalam sudut kualiti.

*Nangis*'

Dan dalam tangis dan penat,
dia berdiri untuk berjanji,
Dia memilih untuk terus gagah dan tabah...

Rabbi yassir wala tu' assir,
Rabbi tammim bil khoir.



When you put Allah SWT before your desires, you will see the Dunya comes crawling.



Ingatlah, dan yakinlah,
Allah sedang melabuhkan kasih sayang-Nya
saat Dia timpakan pelbagai ujian kepada kita :')




No comments:

Post a Comment