Showing posts with label tabah. Show all posts
Showing posts with label tabah. Show all posts

Friday, 31 May 2013

Lambaian itu



Bismillah


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"
(29:3)

-----

"Mai, awak selalu pergi stesen keretapi kan?" 

Maisarah memalingkan wajah dan badannya ke arah Iman sambil tersenyum. 

"Ya, kenapa?" 

"Bagus, saya tak pernah ke sana, kebetulan ada kawan saya hendak datang melawat.   Alhamdulillah, boleh awak teman saya nanti?" ujar Iman.

"Boleh, tiada masalah." jawap Maisarah dengan senyuman yang tidak pernah lekang di  bibirnya.

-----

Seperti hari sebelumnya, stesen keretapi Kuala Lumpur tetap sibuk. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Di satu sudut, kelihatan dua sahabat duduk bertentangan sambil menunggu gerabak yang terakhir tiba.

"Mai, panas la. Lagipun ramai orang. Hm, gerabak terakhir,pukul berapa ya?" ujar Iman  sambil membetulkan tudung yang melayang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. 

Maisarah dengan tenang menjawap, "Sabarlah sayang, dalam 10 minit lagi." sambil mengukirkan senyuman.

'Gerabak terakhir. Lambaian itu,'cetus hati Maisarah.

Sambil menunggu, buku sentiasa menjadi teman Maisarah. Ilmunya belum cukup, banyak lagi yang perlu digali, banyak lagi yang belum diketahui.

Tiba-tiba Iman memecahkan kesunyian di antara mereka.

 "Mai, awak tak penat? Setiap hari awak balik bilik lambat, tidur lambat, bangun awal. Awak tak pernah tunjuk awak penat. Tapi saya perasan sekarang muka awak sedikit pucat." ujar Iman sambil meneliti muka Maisarah.

Maisarah segera memalingkan mukanya ke arah yang bertentangan.

"Penat? Hm. Sikit mungkin? Gelak Maisarah untuk menghilangkan debar di hati.

Perlahan-lahan Maisarah memalingkan wajahnya ke arah Iman dan menggenggam erat tangannya.

 "Ketika saya penat, Allah pujuk hati saya dengan ayat-ayatNya. *sambil menggenggam erat tasbih yang sentiasa tersembunyi di pergelangan tangannya. Saya mencari dan mengutip kembali bahagia yang dicari dengan membaca ayat-ayatNya. Sweetkan Allah. Kadangkala saya akui saya tersangat lemah dan lalai, tapi Allah cuba mengingatkan saya kembali melalui wasilah-wasilah tertentu. Cuba awak bayangkan stesen keretapi ini, gerabak dan manusia di sekeliling ini ibarat perjuangan kita. Ada gerabak yang bergerak terlalu perlahan, dan ada yang terlalu laju, macam komuter."


" Mai......"

"Setiap kali saya ke sini, saya akan pandang ke langit. Adakah Allah sedang pandang saya dengan kasih sayangNya atau sebaliknya. Saya sentiasa ingin cuba yang terbaik tapi kadang-kadang saya jatuh dan terlalu jauh denganNya tanpa saya sedar. Jiwa saya meronta. Air mata yang jatuh kadang-kadang bukan keranaNya tapi saya tetap akan terus cuba yang terbaik. Bila kita terlibat dalam perjuangan ini, kita mahu semua orang yang kita sayang sama-sama bergerak seiring dengan kita. Tapi Allah jua yang memberi hidayah. Saya hanya mahu untuk terus mencuba sehingga bila tiba masanya nanti, saya akan mampu tersenyum dan mengatakan, saya dah cuba yang terbaik. Apabila melihat gerabak terakhir, saya berharap saya akan mendapat lambaian itu. Lambaian yang terlalu lama saya menunggu. " ujar Maisarah dengan sedunya.


"Mai, saya minta maaf, kadangkala hati salah menduga dan bibir saya silap menduga." Iman menundukkan pandangannya.

" Tak pe, saya faham. Manusia biasa, hamba Allah. Tak pernah lari dari kesilapan. Andai salah,tunjukkanlah. Sebelum menghukum, ketahuilah. Rasa dihati hanya Allah yang tahu. Oh, gerabak terakhir dah sampai. Mungkin awak patut menunggu di platform depan tu."


" Terima kasih Mai. Tunggu kejap ye!" Iman berjalan meredah lautan manusia dengan sinar bahagia di wajahnnya. Bahagia. Orang yang ditunggu sudah tiba.

  
 Aku berharap pengampunan hanya dari-Mu.
Allah. Hinanya aku.
Tiba-tiba hati berasa tenang. Air mata yang mengalir segera disapu. Bibir terus mengukirkan senyuman.
Hati mula berkata,

"Aku sentiasa ada Allah."

-----

Langit tetap membiru seperti hari-hari yang sebelumnya.
Allah. Bahagiakan, tatkala memandang wajah yang kita nanti di perhentian.
Menunggu dan terus menunggu. Moga aku mampu untuk melihat lambaian itu. Moga lambaian aku yang terakhir, jika Allah izinkan, adalah lambaian itu. 

***


Jalan ini sangat panjang, sangat. Kadang-kadang putus asa itu datang, tapi tetap gagahkan diri. Kerana di penghujug jalan ini, ada pelangi sedang menunggu. 
*senyum*

Syurga tu mahal harganya...kan ?

Wassalam.


Saturday, 5 January 2013

6/1/2013




Bismillah .



Everyone comes into your life for a reason, some for good or bad, they may shape us, break us, but in the end they make us who we are.
-Will Smith-






6thJanuary2013.
May Allah bless.





Tuesday, 20 March 2012

cuba senyum



Bismillah .

Setiap hari, cuba tersenyum dan memang akan TERsenyum .

Alhamdulillah, jantung aku masih berdenyut..* Allah.Allah.Allah.

-taksangka-

okay.

-sakit adalah UJIAN- =')


" Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya."

(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

~ ada hikmah disebaliknya~

erk.okay. Senyap.

bisik hati- ..sungguh hati aku sedang menangis..




Wassalam.


Monday, 5 September 2011

segalanya ketentuan Allah (:


Bismillahirrahmairrahim~
Kata-kata ini diambil dari Dr.Cinta Punye Blog =)


"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.
Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.”



  Kadangkala,daripada kita mencari apa yang kita mahukan,kita sepatutnya mencari apa yang kita perlukan..Kerana bila kita terjumpa apa yang kita perlukan,apa yang kita mahukan akan datang kepada kita..

think.think.think.
*yup that's true*

kan.kan (:




Sunday, 8 May 2011

seuntai rasa


  Hati yang tabah tak kan kalah dengan ujian dan dugaan..

Aku ingin meniti jaluran pelangi
agar aku bisa menikmati ketenanganmu
beralaskan gumpalan putih suci
berteman senyum sang mentari
serta desir angin membuai hati.

Aku ingin bebas berkejaran
menyusuri denai hamparan biru
tampak girang sinarmu
meneduh sukma rusuh
penawar jiwa keruh.

Aku tak ingin beradu di penghujung waktu
tiada di sisi menemani suka dukamu
andai aku tiada di sini
tiada lagi kunikmati
tenang hamparan biru yang kuimpi... ~


Thursday, 5 May 2011

note : that girl

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful :)


Life is a struggle. Accept it.

Nothing comes easily in life. Accept it.


It was obvious that she's in a great pain, but yet, she still gave us such a beautiful smile, saying that she was okay.

'Allah nak uji' .... ^___^


ALLAH lah yg membuatmu MAMPU tersenyum walau menangis. Untuk bertahan saat dirimu merasa ingin 'menyerah'. Utk berdoa ktk dirimu kehabisan kata2. Untuk mencintai walau hatimu 'hancur' berkali-kali. Untuk mengerti walau tak 1 pun yg kelihatan memberi MAKNA. Segalanya menjadi mungkin, kerana Allah MEMBUATmu mampu utk terus 'melangkah' meniti kehidupan ini..insyaAllah..



be strong now .. because things will get better..
it might be stormy now, but it can't rain forever (",)

Wednesday, 4 May 2011

diam ..

Diam itu nampak biasa
Diam itu di lihat kosong
Diam itu di pandang rendah
Diam itu di fikir lemah

Sesungguhnya !
Diam itu sebenarnya bukan sekadar kelu tidak berkata
Diam itu menyimpan seribu memori dalam pemikirannya 
Diam itu memikirkan kesan akan bicaranya ...


mungkin saja diamnya itu LEBIH BAIK dari  berkata-kata.. ~

Monday, 2 May 2011

cerita HATI





*•♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.ℒℴνℯ*
♪ღ♪░C░u░c░i░░░░H░A░T░I░♪ღ♪
*•♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨¨`*•.ℒ
ℴνℯ*
Berikan yang terbaik dari apa yang dikau MILIKI & itu mungkin tidak akan pernah CUKUP. Tetapi, tetap 'BERI'kanlah yang terbaik.Kebaikan yang dikau lakukan hari ini, mungkin esok akan di'lupa'kan 

orang. Tetapi, teruslah BERBUAT BAIK :) Amin Allahumma amiin..insyaAllah..


♥ஜ♥(¯`•.¸ღ LUKISAN HATI ღ¸.•´¯)♥ஜ♥ ]


Tika Hati GELISAH,
Dia HADIR dengan bait2 CHENTANYA
Tika Jiwa MERINTIH,
Dia Datang MEMUJUK bahawa kita tidak ''SENDIRI'',
Dan Tika DIRI tak terdaya tuk BANGUN,
Dia Kembali mengangkat dengan KASIH SAYANGNYA..

SubhanAllah...