Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

Allah Maha Penyembuh



Bismillah 

***

Diceritakan bahawa Musa a.s pernah mengeluh kepada Allah kerana menderita sakit gigi. Maka Allah memerintahkan: 'Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigi kamu!' Lalu Musa a.s pun berbuat demikian dan sembuhlah sakitnya.

Beberapa hari kemudian sakit gigi yang dialami Musa a.s datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil dulu dan meletakkan pada giginya. Hasilnya bukan bertambah sembuh sebaliknya sakit giginya bertamabh teruk. Langsung dari itu Musa a.s pun mengadu kepada Allah dengan berkata: 'Wahai Tuhanku, bukankah Engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?'

Allah menjawap: 'Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyihatkan. Aku yang memberi bencana dan Akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu menyembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepadaKu.'

-Rawatan Islam Al-Insyirah-

******

Benar, Allah Yang Maha Penyembuh.
Hanya kepada Allah kita mohon sepenuh pengharapan.

Sakit. sakit sangat. 
Tiap-tiap malam menangis padaNya.
Tapi jika bukan masa untuk sembuh lagi, maka berdoa lagi ;')

Mungkin dengan sakit itu akan mendekatkan diri kita dengan Allah lagi.
Kita hanya mampu berikhtiar tapi Allah jua yang menyembuhkan.
Mungkin sakit ini tidak seberapa berbanding hamba-hamba Allah 
yang diuji dengan ujian lagi berat.
Saudara-saudara Islam di seluruh pelosok dunia yang diuji dengan ujian lagi hebat. 
Allah ;')

***

Sarah menguis makanan yang berbaki di dalam pinggannya.
Selera makan yang kian hilang.
Sakit belakang dan badan tidak tertanggung rasanya.
Sakit itu datang tiba-tiba 3 hari yang lepas.
Setiap malam mengadu padaNya.
Belum sampai masa untuk sembuh.
Bersangka baik padaNya.

"Allah rindu nak dengar suara aku. Allah rindu nak dengar rintihan aku." 
Syirah memujuk hatinya dengan bersangka baik.

Tapi kadang-kadang diri yang faqir ni tidak mampu bertahan.

Akhirnya terluah dan mengadu pada seorang sahabat.
Kata-kata yang cukup terkesan memujuk hati Syirah.





Air mata mengalir tanpa henti.
Allah.

Syirah membalas whatapp sahabatnya dengan perasaan yang sukar digambarkan.

"Jaga diri, saya sayang awak fillah Zati.
Untuk pertama kali ganggu awak, tak pernah mengadu masalah pape sebelum ni.
Malam tu malam terakhir saya ganggu awak.
Semoga awak sentiasa ingat orang di Malaysia ni :D
Allah, rindu. Rindu T.T
Moga Allah sentiasa menjaga awak.
Nama awak sentiasa dalam doa. Always. "


Tiba-tiba lagu Sahabat Sejati nyanyian UNIC kedengaran melalui handphone miliknya.

-Zati-
"We're in need of each other at this moment, Syirah.
You're stronger than you think..
I love u. Always will.
Jaga diri awak. Sayang awak fillah ;'D"

***

Al Baqarah:286 :')


Wassalam



Sunday, 18 August 2013

Qiamullail


Bismillah

IBNU MUNKADIR berkata:

"Bagiku, kelazatan dunia ini hanya ada pada tiga perkara:
Qiamullail, bersilaturrahim dengan saudara seIslam dan smbahyang berjemaah."


***

"Adam, kau stay tak malam ni? Arsenal lawan MU doh. Mesti best punyaaaa. Hm, aku mesti tengok game ni, game haritu pun aku terlepas. Rugi rugi."

''Hm, tak kot. Aku kena siapkan banyak kerja. Kau kalau bab bola memang laju ye Man."

Perlahan-lahan Adam menarik kerusi study sambil memalingkan wajahnya ke arah Aiman. 

"Well, kau tau kan aku. Bakal pengganti bola sepak kebangsaan. Bola tu rutin hidup aku kot."

"Hm, begitu ye. Sekarang dah 10 malam terakhir ramadhan. Boleh la kau qiam sekali. Tak gitu?' 

"Ala Dam, relax r, malam esok masih ada. Lagipun, hm, aku macam malas sikit hehe"

"Kau yakin ke malam esok kau still ada?" ujar Adam sambil tersenyum. 

Perlahan-lahan mushaf cover merah tua dicapai. Zip cover mushaf dibuka. Matanya melilau mencari surah yang dicari. 

Muka surat 574. Adam meneruskan bacaannya. 
Surah Al-Muzzamil, ayat 1-6.

Terhenti. 

Kemudian, Adam terus membelek mushafnya ke surah yang seterusnya.

Dan bangunlah pada sebahagian waktu malam serta tunaikanlah sembahyang tahajjud(sebagai satu ibadah) tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Al-Isra':79)

'Adam...."

''Kita qiam ye malam ni."

Aiman terdiam.

********

Seseorang yang bangun pada pertengahan malam untuk beribadah dan sujud mengabdikan diri kepada-Nya adalah merupakan orang yang mendapat kemenangan.

Abu Sulaiman berkata:

Malam hari bagi orang yang setia beribadah, itu lebih nikmat daripada permainan bagi mereka yang suka hidup bermain-main. Seandainya tanpa malam, aku tidak suka tinggal di dunia ini.

Nikmat sangat kerana waktu itulah kita hanya bersendirian dengan Allah. Ia waktu yang jauh dengan sifat riak. Suasana hening dan sunyi pada waktu malam memudahkan kita menghayati ibadah. 

Teringat kata-kata seorang sahabat.

 "Tahajjud pun Allah pilih."
Allah pilih.
Bukan semua yang dapat hadir bertemu cinta.
Bukan semua yang dapat menghayati."


Terpilihkah kita?
Terpilihkah untuk hadir bertemu cinta.
Terpilihkah.

*nangis*

May Allah bless us :')

Wassalam.






Wednesday, 8 May 2013

Alhamdulillah.


Bismillah.

10 days left.
Final exam for this semester.
#nervous
May Allah ease everthing.
InsyaAllah, aminnn :)

mm.

"Sometimes, I feel very scared of getting close to anyone. Because those who said they will always be there for me,....left."
Titik.


*senyum*


"Allah gave you a beautiful life, don't waste it being sad over something that will pass in time, He always got something amazing planned."
-Effa-


*senyum.senyum.*


most of the things in life are double-aged swords
that could either make you, or accidentally wound you
it is you who determine on how to do the maximum cutting
and how to avoid from being cut

because the grip is in your hands
use it well
use it wise
-Hlovate-

***
In sum,
Live is short, live it.
Take risks in your life.
You are the one who will guide yourself.
Choose well.

In the end, everyone ends up alone .

*senyum lebar-lebar*

so, 
Keep Calm.
Keep Smiling.

:D

You plan, I plan, We plan, They plan.. but Allah is the best planner.
so true.

Everything's gonna be alright.
Believe.
because.. Allah knows what is in our heart :')
just, keep praying.



Good luck kepada sesiapa yang nak exam,
budak-budak a-level, IB, final semester, budak-budak maktab..
Tajdid niat, jihad fisabilillah.
May Allah bless. 
moga Allah sentiasa pegang hati-hati ini.
kembali kepada Allah.
Amin.
:)

09052013
12.45pm



Monday, 15 April 2013

trust



Bismillah.








"When you put your trust to Allah, when you let go something for Allah, He'll give back to you what He takes from you." - Yasmin Mogahed

:')



Wassalam .

Thursday, 14 March 2013

Allah knows


Bismillah .

Salam Jumaat.
Perbanyakkan selawat,
Al kahfi jgn lupa baca :)



Allah knows.

Yes.

Allah knows.

Allah knows you are tired,
Allah knows it is difficult for you.
But you must also know that,
 Allah would never ever place you in a situation that you can't handle.

Every bad situation will have something positive ,
even a dead clock shows correct time twice a day.

Allah knows what is the best for you :)
Senyum .


Wassalam .






Thursday, 14 February 2013

dear you


Bismillahirrahmanirrahim.

TER-detik. :)


" I don't like what you are doing, but i won't insult you for it.
you know why? because who you are tomorrow maybe  better than who i am today."
- Tariq Ramadhan-


That's true :)

berubah bukan mudah tapi berubah juga bukan sesuatu yang mustahil.
kadang-kadang Allah hantarkan seseorang yg baik, kalau kita btl2 nak berubah. kan,kan. :)

' He knows what is in every heart. ' (Al-Mulk 67;13)

takkan kita sorang je nak masuk syurga, nak jadi org baik, 
nk kumpul pahala byk2..kan.
kita pn nak org yg kita sayang, yg rapat, keluarga, kawan2 
sama-sama jadi baik kan.. *ok, byk btl kan --' huk

bila Allah dah bg jalan, istiqamah n kuat d jalanNya tu sgt perlu :')
memg kdg2 kita lemah, sgt lemah ....
tp saat tu la kita nk sahabat yg dpt guide kita, bantu kita, hulur tgn, xnak bg kita jatuh gedebak gedebuk..bukkk.ouch. sakit... --'

'who you love is a reflection of who you are.'
-Abdulbary Yahya-

kadang-kadang ap yg dikongsi, cakap x bermakna hamba Allah ni perfect.
sntiasa pnuh dgn dosa n silap. :)

satu je.

sbb syg, cuba untuk betulkan :) 

ye dak ? *wink

be patient and tough. yeay ~ 


wassalam.

May Allah bless.

Jumaat.
15.02.2013.
banyakkan selawat.
surah al kahfi jangan lupa.

moga Allah redha.moga.moga..
in shaa Allah.
amin. 

^^




sahabat


Bismillahirrahmanirrahim :)

Ya Allah, today I am alive. i woke up, grateful, alhamdulillah .

**

Sahabat baik itu seperti bintang, kamu tidak dapat selalu melihat mereka, tapi kamu yakin bahawa mereka selalu berada di sisi kamu, di dalam hati, dalam setiap doa mereka, dalam doa..doa ;') .


moga Allah redha dalam setiap apa yang kita lakukan.
in syaa Allah.

**

*krik krik krik.

eh ? 
mesej. laa

eh, eh.... dia. 

11.09 am.
1 message received.

" Sahabat, tak semestinya contact, 
tak semestinya lama tak bersapa tu lupa sahabat,
dari jauh kasih tu ada,
memerhati dari jauh, sama-sama memerhati 
walaupun kami tau masing-masing sedang memerhati antara satu sama lain,
ilmu dunia sama-sama kami cari,kami kukuhkan,
ilmu agama sama-sama kami kejar,
sama-sama kami praktikkan, in syaa Allah..

Bila bertemu, sapaan dan dakapan menghapuskan ego seorang lelaki,
dalam sayup, nasihat dan kata-kata semangat merangkak tiba dari sahabat,
sahutan ke majlis ta'lim, zikrullah, majlis bersama para ulama' ahlul bait
sama-sama kami datangi...

cita-cita kami In shaa Allah,
ASHABULJANNAH,
doakan kami agar dikurniakan qurratun'ayyun,
jauzah fiddunia wal akhirat, waladun soleh wal solehah...

kisah kami."

*bakal jenazah :)*

-edisi yang belum di edit-
akan di edit someday, in shaa Allah. 
^^

Bless them,protect them in every step they make Ya Allah :) 




Alhamdulillah ^^.

THANK ALLAH FOR WHAT YOU HAVE,
FOR WHAT YOU NEED, TRUST ALLAH :))

May Allah bless us .
Ameen .

NurulAinIsmail.
14022013.

*cough cough, fever. penghapus dosa.




Friday, 11 January 2013

parents


Bismillah.


Kiss your parents while you can , before you have to kiss them under the shroud of white cloth.
-Angel Pakai Gucci-


#notetoselftoo




muhasabah diri setiap hari.



Saturday, 3 November 2012

Sunday.


Bismillah (:

Gloomy weather. 
good day eh.
hujan rahmat. Moga hujan yang bermanfaat.
Ameen ~


2 papers more.
ES and SS.
fighting.
# Lillahi Ta'ala.
insyaAllah.

it will be just fine ^^
i can do it.
keep going.



--------




"Remember Me - I will remember you . "
[ Surah al-baqarah 2:152]



:)
keep smiling.




Friday, 27 July 2012

(:


Bismillah.



kerana Allah.


Ramadhan Kareem (:
hari ke- 8 .
selamat beramal. 


wassalam.



Saturday, 16 June 2012

Dua


Bismillah.



the most valuable and best gift you can give to someone is Dua.

Wassalam.





Sunday, 20 May 2012

bulan rejab


Bismillah 

.Bulan Rejab.


perbanyakkan puasa sunat, berzikir dan beristighfar (:
mohon keampunan dari Allah S.W.T
moga kita tergolong dalam kalangan yang mendapat redha-Nya.




Wassalam.




Ikhlas


Bismillah


ikhlas
ikhlas.

Ikhlas itu,
Rahsia antara kita dan Allah sahaja.
kan? :)







Wassalam.

Friday, 27 January 2012

happy birthday umi ! =)

happy birthday umi  =)
48 tahun sudah , hee ~

*moga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
insyaALLAH, amin ~


semoga mereka sentiasa dalam rahmat ALLAH,
panjangkan umur mereka =)



only 3 of us..
adik bongsu,ayah n kak sulung xde dalam gambar.


******
Alhamdulilah for all Allah has given me..
Astaghfirullah for all that I've taken for granted..
And insyaAllah for all the hopes I have of things to come~




Wassalam.